Monday, 20 April 2015

Mood Menguruskan Badan

Saya nak share tips kuruskan badan...

1. Mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi.


Makan nasi sekali dalam sehari sudah memadai untuk keperluan tubuh kita. Kadar pengambilan juga perlu sederhana tidak terlalu sedikit atau banyak.




2. Memperbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
Kandungan serat atau fiber di dalamnya dapat melancarkan sistem kumuh badan manusia. Paling penting serat tidak dapat menggemukkan.




3. Sarapan di awal pagi dengan meminum kopi atau jus buah-buahan.

cara menguruskan badan dengan cepat



Lemak di dalam badan akan lebih mudah terbakar dengan meminum kopi.


4. Jangan amalkan memakan jajan atau snek di waktu malam sebelum tidur.
Badan akan menyimpan lemak ketika waktu malam, lebih-lebih lagi waktu tidur kerana tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan semasa tidur.




5. Berhenti atau kurangkan meminum air berkarbornat.
kuruskan badan dengan cepat



Ini adalah kerana kandungan gas yang terdapat di dalam air itu mengembungkan perut. Ini akan mengakibatkan reaksi emosi yang mendorong kita untuk makan.




6. Amalkan meminum teh hijau ( Green tea ) setiap kali selepas makan.
Ini dapat membantu pembakaran lemak.




7. Ketika bangun tidur amalkan cara dengan bangun secara bangkit tubi ( Sit up ).
cara untuk kuruskan badan

Duduk tenang dalam 30 saat kemudian teruskan dengan senaman bangkit tubi 10 kali sebanyak 3-5 set. Amalan ini dapat memecahkan lemak dengan pantas di bahagian perut ( Tummy ).




8. Lompat bintang ( Star jump ). 
Iaitu sebanyak 20 hingga 25 kali setiap jam.




9. Banyakkan meminum air limau ais.
cara kuruskan badan dengan cepat

Air sejuk memaksa tubuh kita membakar lebih kalori.




10.Berjalan atau mendaki selama 10 hingga 15 minit selepas makan.


Ia dapat membakar sukurang-kurangnya 100 kalori.
Kaedah-kaedah tersebut adalah cara paling mudah untuk menguruskan badan, tidak perlu berdiet dan bersenam dengan teruk.

No comments:

Post a Comment